Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehuddin Hassan berkata, adalah menarik penganjuran akan datang jika dapat menarik penyertaan individu yang terlibat dalam rantaian pengeluaran makanan.

"Nampaknya tahun ini suasana (penganjuran HPPNK) tahun agak berbeza berbanding tahun sebelum ini. Konsep ladang ke hidangan dahulunya terarah kepada aspek pengeluaran pertanian tetapi kini kita melihat dalam aspek kulinari, penyedaiaan makanan dan sebagainya.

"Memenuhkan rantaian nilai daripada pengeluaran ladang sampai meja makan. Jadi, adalah sesuatu yang menarik jika kita dapat usahakan petani, peladang dan penternak bersama-sama dalam HPPNK akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan demonstrasi masakan di kios AgroBazaar pada HPPKN 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang di sini hari ini.

Dalam demonstrasi tersebut, Mohd. Sallehuddin mempamerkan kebolehannya memasak nasi goreng belacan empingan ikan bilis menggunakan produk keluaran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Yang turut hadir Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah. - UTUSAN ONLINE