Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar berkata, Allahyarham merupakan ikon era ‘pop yeh yeh’ pada tahun 60 an bersama-sama pemuzik lain seperti M. Osman dan Datuk Jefridin Atan yang disifatkan sebagai bintang cemerlang dunia seni.

Katanya, Allahyarham juga merupakan bintang yang banyak berjasa untuk membantu rakan-rakan artis dengan menjadi suara dalam kalangan seniman, khususnya kurang bernasib baik.

“Perjuangan beliau tidak akan dilupakan. Bersama tokoh-tokoh lain, beliau turut mencorakkan suasana muzik dan seni lagu zaman itu.

“Lagu beliau yang paling terkenal bertajuk ‘Tak Mengapa’ bersama kumpulan Orkes Nirwana merupakan lagu yang bukan sahaja popular untuk era tersebut tetapi sentiasa segar dalam ingatan peminat beliau hingga ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE