Dengan tema Kesultanan Me­la­yu, acara itu bakal meriah de­ngan kehadiran kira-kira 1,000 jemputan yang terdiri daripada penggiat sastera termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Pengurus Komunikasi Korporat dan Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan, Hazura Ahmad Halil memberitahu, lima orang Sasterawan Negara turut telah mengesahkan kehadiran mereka bagi memeriahkan majlis.

“Setakat ini lima Sasterawan Negara telah sahkan akan hadir iaitu Datuk Seri A. Samad Said; Datuk Dr. Baharuddin Zainal (Baha Zain); Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala); Datuk Dr. Zurinah Hassan dan Datuk Dr. Anwar Ridhwan.

“Selain itu, Kumpulan Utusan turut menjemput tokoh-tokoh daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan persatu­an penulis sendiri untuk menjadikan acara ini satu majlis­ yang menghimpunkan sastera­wan Ma­laysia dari segenap pe­losok negara,” katanya di sini hari ini.

Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan akan diadakan pada Rabu ini bertempat di Dewan Besar Utusan, Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad, Jalan Chan Sow Lin di sini.

Majlis yang akan dirasmikan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga akan diserikan dengan persembahan istimewa Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Hazwan Haziq Rosebi (Haziq AF) manakala Sabri Yunus bertindak sebagai pengacara.

Tambah Hazura, pihaknya komited mahu memastikan se­gala persediaan termasuk dekorasi dan persembahan mampu menepati tema Kesultanan Melayu.

“Untuk membangkitkan suasana klasik, kami menyediakan persembahan demonstrasi permainan tradisional dan silat gayung selain alunan muzik caklempong serta gamelan,” katanya.

akkan memakai pakaian tradisional nanti,” katanya.