Menurut Baddrol, apabila meletakkan sasaran dalam kehidupan maka bermulalah misi untuk mencapainya sekali gus menjadikannya sebahagian daripada titik-titik kejayaan.

Malah, beliau turut dipuji oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Keseniaan dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri Kedah, Datuk Aminuddin Omar sebagai orang yang bijak mengurus kewangan.

"Banyak sasaran saya tetapkan untuk hidup saya sebagai contoh sasaran untuk capai sesuatu disetiap peringkat dalam permainan bola sepak.

"Malah, saya pun letakkan sasaran untuk berkahwin pada umur 27 tahun, jadi saya kahwin pada usia itu," selorohnya kepada para peserta dalam sesi dialog Chit Chat TN50: This Is Jitra di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian Jitra, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga mengedarkan air minuman isotonik yang baharu dilancarkannya baru-baru ini iaitu BB7 dengan kerjsama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kepada para peserta sesi dialog itu. - UTUSAN ONLINE