Ketua Kajian Ekonomi Kenanga Investment Bank Berhad, Wan Suhaimie Wan Mohd. Saidie berkata, konflik perdagangan antara Amerika Syarikat dan China merupakan faktor utama kelembapan tersebut.

“Saya rasa 3.4 peratus untuk tahun depan agak mencabar memandangkan ekonomi global semakin perlahan dan ini akan memberi kesan kepada keseluruhan defisit secara keseluruhan. Saya melihat defisit mungkin berada pada kadar 3.5 peratus.

“Saya yakin ia satu perkara (akan berlaku) tetapi analisis saya ini agak sensitif iaitu mengenai harga minyak. Jika kita tidak mencapai sasaran AS$60 hingga AS$70 setong, ini akan meningkatkan defisit negara kira-kira 3.6 hingga 3.9 peratus daripada KDNK,” katanya.

Beliau berucap dalam Debat Pasca-Bajet 2019 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia (MAE) di sini, hari ini.

Pada 23 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran Malaysia akan terperangkap kerana kerajaan menganggarkan peruntukan Belanjawan 2019 berdasarkan harga purata minyak mentah AS$70 setong.

Katanya, harga purata minyak mentah tidak menentu kerana tertakluk kepada faktor geopolitik. - UTUSAN ONLINE