Richard Riot Jaem

Menterinya, Datuk Seri Richard Riot Jaem yakin sasaran ter­sebut akan dicapai berdasarkan pencapaian sejak lima tahun lalu yang banyak menunjukkan penurunan kes kemalangan indus­tri.

Beliau memberitahu, seba­nyak 5.84 peratus kemalangan industri berlaku pada 2004 bagi setiap 1,000 pekerja dan jumlah itu menurun kepada 3.1 peratus pada tahun lalu.

“Begitu juga angka kematian khususnya dalam sektor pembinaan pada 2014, dalam tempoh enam bulan pertama sebanyak 72 kes dilaporkan dan bagi tahun ini menurun kepada 27 kes dalam tempoh sama.

“Saya bangga dengan pencapaian ini dan ia adalah hasil da­ripada program-program yang dijalankan oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pe­kerjaan Negara (NIOSH) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH) Ke-18 di Pusat Konven­syen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye.

Richard berkata, kementerian berusaha untuk menjalankan kerjasama dengan NIOSH di Amerika Syarikat (AS) dalam meningkatkan lagi aspek ke- selamatan di tempat kerja yang pastinya memberi manfaat kepada majikan dan pekerja.

Dalam hubungan ini, beliau menyatakan sokongan dan menggalakkan NIOSH un­tuk terus mengadakan COSH pada masa akan datang memandang­kan impak daripada persidangan itu meskipun berlangsung untuk tiga hari adalah luar biasa.

“Melalui persidangan seum­pama ini kita boleh merangka pelan keselamatan yang lebih baik dari semasa ke semasa kerana kita mempunyai pakar dalam bidang keselamatan dan kesihatan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran ma­sing-masing.

“Diharap idea-idea baharu dan kertas kerja dapat dihasilkan dan ini akan menyumbang dalam mengatur strategi pe­ngurusan OSH bagi mengurangkan kemalangan industri dan meningkatkan produktiviti,” katanya.