Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sasar latih 1,000 pengamal Mama Care menjelang hujung 2018

Sasar latih 1,000 pengamal Mama Care menjelang hujung 2018
PENGERUSI Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Mariam Mas Yacob (duduk kiri) mencuba urutan yang dilakukan oleh peserta selepas menutup Bengkel Latihan Asas Kapasiti Program Mama Care di Kuantan, Pahang hari ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN 7 Sept. - Keberkesanan program perkhidmatan penjagaan ibu selepas bersalin, Mama Care mendorong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperluas program tersebut dari semasa ke semasa.

Pengerusi LPPKN, Datuk Mariam Mas Yaakob berkata, pihaknya menyasarkan untuk melatih kira-kira 1,000 pengamal program Mama Care menjelang hujung tahun depan agar lebih ramai wanita dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah dapat meningkatkan pendapatan mereka.

“Sehingga kini terdapat seramai 711 pengamal Mama Care yang mana ada antara mereka mampu mencapai pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan, bergantung kepada inisiatif masing-masing,” katanya selepas menutup Bengkel Latihan Asas Kapasiti Program Mama Care di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pemangku Pengarah LPPKN negeri, Norshuhada Abu Bakar.

Program Mama Care merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diberi tanggungjawab memperkasa ekonomi wanita menerusi pembangunan kapasiti.

Pelaksanaan program itu melibatkan kerjasama antara LPPKN, Kementerian Kesihatan dan Gabungan Pertubuhan Pengamal Tradisional Melayu Malaysia (Gapera). - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain