Pengarah Kedua Aliran Nova Sdn. Bhd, Mohd. Husaini Ariffin berkata, sasaran tersebut mampu dicapai dengan tahap keupayaan dua senjata baharu tersebut yang mempunyai daya lasak tinggi dan mampu dioperasikan dalam sebarang keadaan.

Malah katanya, dua senjata tersebut yang kini digunakan oleh Jerman dan Montenegro turut menarik minat pelbagai negara di Asia Tenggara.

“Di Asia Tenggara, Timor Leste dan Filipina antara pengguna senjata ini. Jadi kami yakin ATM dan PDRM juga pasti berminat dengan keupayaannya.

“Setakat ini proses rundingan masih di peringkat awal dan sedang diadakan, kita mahu berikan yang terbaik. Dua senjata ini me­rupakan keluaran terbaru, bahan yang digunakan juga berkuali­ti tinggi supaya negara pengguna berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Pa­meran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (Natsec) 2018 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Husaini berkata, pihaknya bersedia menawarkan kepakaran dan lesen bagi membina pusat servis senjata jenis keluaran syarikat terbabit.

“Kita tidak hanya manjalankan urus niaga. Tetapi kami mahu beri peluang kepada Malaysia mendapat manfaat jangka panjang terutama dalam aspek ekonomi,” ujarnya.