Skuad Bomba Tahfiz tersebut terdiri daripada institusi pendidikan Islam termasuk sekolah tahfiz, sekolah agama dan sekolah pondok di negeri ini.

Pengarah JBPM negeri Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, namun setakat ini sebanyak 42 unit sudah ditubuhkan di 42 buah sekolah.

“42 buah sekolah ini melibatkan kawasan Zon 1 yang merangkumi tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Pontian.

“Penubuhan skuad ini bertujuan untuk melatih pesertanya pengetahuan asas berhujung kebakaran dan langkah awal pencegahannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Alat Pemadam Api dan Penyampian Sijil Skuad Bomba Zon 1 di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE