Bagaimanapun, sehingga ke hari ini hanya 7,000 daripada mereka sudah mencarum bersama Perkeso melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.


Menterinya, M. Kulasegaran memaklumkan, jumlah yang perlu dibayar untuk mencarum adalah minimum RM154 setahun iaitu antara RM12 hingga RM13 sebulan.


“Ketika ini, hanya tujuh peratus daripada 100,000 pemandu teksi dan e-hailing yang mencarum Perkeso, 93 peratus lagi tidak ada perlindungan sedangkan mereka ada kumpulan paling berisiko. 


“Jadi, kami akan berkempen dan bertemu dengan semua pemandu teksi serta e-hailing, dan saya harap semua 100,000 akan mendapat perlindungan pada tahun depan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Luar Biasa Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) 2018 di Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE