Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pengeluaran tenaga solar dari Samalaju, Bintulu itu adalah bagi polihabluran silikon, manakala jongkong silikon, wafer silikon, sel suria silikon dan modul solar dihasilkan di Sama Jaya di sini.

Katanya, Fasiliti LONGi (Kuching) Sdn. Bhd. (LONGi) merupakan kilang fotovoltan (PV) integrasi pertama yang berada di satu lokasi di rantau ini.

“Dalam tempoh dua tahun, LONGi telah meluaskan pasaran secara agresif bagi memenuhi permintaan pasaran PV global dengan anggaran nilai eksport sebanyak RM1.5 bilion pada tahun ini,” katanya berucap dalam Majlis Pelancaran LONGi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Industri dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Pengerusi LONGi Green Energy Technology Co. Ltd., Zhong BaoShen dan Ketua Pegawai Eksekutif LONGi, Ngieng Sii Jing. - UTUSAN ONLINE