Portal berita Republika melaporkan, Sandiaga bersikap optimistik apabila beliau melahirkan keyakinan untuk ‘memujuk’ golongan pengundi yang masih belum membuat keputusan supaya memilih beliau dan Prabowo untuk menerajui Indonesia pada masa akan datang.

Katanya, golongan pengundi yang belum membuat keputusan ini bukannya tidak mahu menggunakan hak mereka pada hari pengundian kelak atau merupakan golongan putih (golput). – AGENSI