Majlis menandatangani perjanjian itu dimeterai pada 8 Oktober lalu ketika berlangsungnya Kejohanan Obstacle Race Pahlawan Malaysia bersempena Hari Sukan Negara yang diadakan di Padang Kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Presiden Samyco Holdings Berhad, Dr. Rashed Osman Joher berkata, usahasama tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan golongan belia di negara-negara Asia Barat di dalam sukan ekstrem menjelang 2030.

“Melalui kerjasama ini kita ha­rap dapat menggalak dan meng­gandakan penyertaan go­longan muda dalam sukan ekstrem se­perti larian lasak di rantau itu, sekali gus menjayakan Wawasan 2030 Arab Saudi,” katanya.

Selain itu, katanya, kerjasama itu juga diharap dapat membantu memperkenalkan aktiviti sukan yang berlandaskan ajaran Islam di negara-negara terlibat.

“Salah satu idea dan hasrat yang dicapai melalui perjanjian itu adalah untuk meningkatkan sektor sukan antarabangsa menjadi le­bih bercirikan Islam.

“Kita juga merancang menganjurkan acara sukan OIC yang akan menepati undang-undang Islam dan tuntutan syariah,” ujar beliau.

Rashed Osman menandatangani perjanjian itu bagi pihak Samyco manakala Alex Cheah mewakili Persatuan Sukan Obstacle Race Malaysia disaksikan oleh Pengerusi Pembangunan Perindustrian Arab Saudi Malaysia, Shaikh Sa’d Msa’ed Lehyani.