Perdana Menteri menyifatkan harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah yang ditentukan pada tahun 1962 sebagai tidak munasabah.

“Pada masa itu 1 sen boleh beli banyak barang, itu yang saya cerita jadi waktu ini 1 sen tak boleh beli apa, 3 sen pun tak boleh beli apa.

“Sepatutnya harga sesuatu barang itu mengikut keadaan semasa, hari ini kita tidak bercakap pasal milionaire lagi tetapi bilionaire kerana pendapatan manusia sudah meningkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Pelancaran Dasar Komuniti Negara di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE