Hamim Samuri

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata, sambutan itu akan diadakan pada 17 Oktober ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurutnya, MASM juga akan disambut di peringkat negeri dengan dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri dengan kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta, industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dengan bertemakan Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari program ini diharap dapat memupuk semangat segenap lapisan masyarakat Malaysia dalam membudayakan gaya hidup lestari,” katanya.

Beliau berucap dalam Majlis Bersama Media dan Sesi Menandatangani Nota Kerjasama dan Memorandum Persefahaman (MoU) Program Kesedaran Alam Sekitar Prapelancaran MASM Peringkat Kebangsaan 2015 di Marina Putrajaya di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Hamim turut menyaksikan sesi menandatangani MoU antara JAS bersama rakan-rakan strategik iaitu YTL Corporation Berhad dan Persatuan Lestari Alam.

Pemeteraian MoU itu sekali gus menjadikan jumlah organisasi yang menjalinkan kerjasama kesedaran alam sekitar dengan JAS sebanyak 245 syarikat setakat ini.

Beliau berkata, MASM merupakan program tahunan yang diterajui oleh JAS dan sempena sambutan kali ke-24 tahun ini pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk memeriahkan sambutan itu.

“Antara aktiviti yang akan diadakan ialah enviro-hunt, pertan- dingan fotografi, enviro-doodle, kuiz alam sekitar dan sebagainya. Aktiviti ini dirancang sebagai pemangkin untuk menggalakkan orang ramai melibatkan diri dalam penjagaan alam sekitar.

“Penglibatan orang ramai dalam pelbagai aktiviti dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman yang lebih terperinci mengenai alam sekitar. Saya turut berharap agar pihak media dapat menyokong usaha-usaha ini di samping turut serta dalam aktiviti yang telah dirancang sepanjang MASM ini,” katanya.