Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan lafaz ikrar dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia dengan penuh bersemangat.

Perasmian sambutan tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hanafi Mamat; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Datuk Yahya Mamat dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Muhammad Zahari Osman.

Pada majlis tersebut, bekas pengarah pendidikan negeri, Hussien Awang dipilih sebagai Tokoh Kepemimpinan Guru peringkat negeri bagi tahun 2018.

Sementara itu, Kamaruzaman Abd Ghani dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kelantan 2018. - UTUSAN ONLINE