Majlis yang bermula pukul 11 pagi itu turut dihadiri kalangan pengamal pengamal media negeri ini yang sering berurusan dengannya, di samping para pegawai dan kakitangan kerajaan serta penduduk sekitar.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajan (NGO) negeri Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Pengarah UPDI yang baharu,  Mohd Soud Said. 

UPDI dijenamakan semula daripada Unit Komunikasi Kerajaan Negeri (Ukom) mulai 1 Julai lalu setelah kerajaan Pas mengambil alih pemerintahan negeri dengan rombakan kecil dilakukan termasuk pertukaran beberapa pegawai.

Perubahan nama unit itu juga bagi menggambarkan pergerakan penerangan di bawah kerajaan Pas dalam menyebar luas berkaitan urusan pentadbiran dan dasar kerajaan negeri serta kegiatan para pemimpinnya di samping memberi penjelasan berkaitan sesuatu isu berbangkit. - UTUSAN ONLINE