Hadir tanpa ditemani suami, Gauri secara peribadi berterima kasih kepada semua penonton di atas sokongan yang diberikan terhadap filem tersebut.

Bercakap kepada media, Gauri yang ditemani anak perempuannya, Suhana berkata, Karan Johar telah berusaha selama tiga tahun untuk menghasilkan filem tersebut.

Oleh itu, jelasnya, kerana usaha keras inilah yang membawa kepada kejayaan ini dan sesebuah filem itu tidak akan menjadi yang terbaik disebabkan kontroversi.

Beliau berkata, suaminya, Shah Rukh sangat teruja dengan sambutan yang diterima dan bersama Karan akan mengunjungi semua panggung wayang untuk bertemu peminat. - Agensi