Majlis ringkas itu turut dihadiri Ketua Balai Bomba Kathmandu, Kishor Kumar Bhattarai.

Sambutan bermula dengan perbarisan anggota JBPM, nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi bomba.

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, walaupun berada di luar Malaysia, pegawai serta anggota bomba dan penyelamat negara tetap mengingati dan menyambut Hari Bomba Sedunia.

Menurutnya, sambutan ini meru­pakan satu sejarah kepada warga bomba kerana ia merupakan pengalaman pertama mereka meraikannya di luar negara.

Katanya, kehadiran pegawai dan anggota bomba dari Nepal itu mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara.