Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sambut baik tambahan biasiswa Arab Saudi

Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul
Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyaksikan Menteri Pengajian Tinggi,Datuk Seri Idris Jusoh (kanan) yang mewakili Malaysia dan Menteri Negeri Arab Saudi, Dr. Ibrahim Assaf yang mewakili Arab Saudi bertukar dokumen perjanjian pada majlis MoU kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi di Seri Perdana, Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut baik komitmen kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh pelajar Malaysia ke negara tersebut.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kira-kira 100 pelajar Malaysia menerima manfaat pembiayaan pendidikan itu.

Menurutnya, perancangan itu akan memberi peluang dan menggalakkan lebih ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

“Ia juga akan menambah peruntukan RM4.3 bilion biasiswa yang telah kerajaan sediakan di bawah Bajet 2017 untuk pelajar Malaysia.

“Insya-Allah, saya percaya para pelajar Malaysia akan mendapat banyak manfaat daripada semua ini,” katanya dalam status Facebook miliknya hari ini.

Najib mengulas langkah kerajaan Arab Saudi hari ini yang akan meningkatkan jumlah pemberian biasiswa penuh bagi pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian di negara tersebut, tahun depan.

Ketua Perwakilan Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr. Zayed Al-Harirthi berkata, keputusan menambah jumlah biasiswa adalah berdasarkan lebih 300 permohonan diterima daripada pelajar Malaysia tahun lepas. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain