Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pemberian elaun tersebut mampu membantu golongan peladang dalam keadaan tertentu seperti sewaktu menunggu tempoh hasil tuaian.

“Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah bukti kerajaan peduli tentang setiap golongan yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.

“Saya berharap golongan peladang akan memberi maklum balas positif terhadap semua inisiatif yang dilakukan kerajaan dan menterjemahkannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Jalinan Peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Langat, di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Tan Sri Zainal Dahlan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz.. - UTUSAN ONLINE