Beliau berkata, komitmen me­merangi penyebaran berita palsu tidak hanya terletak pada bahu sesetengah pihak sahaja bahkan menjadi tanggungjawab seluruh anggota masyarakat.

“Saya mengucapkan terima ka­­­sih atas kesungguhan artis da­lam usaha membantu kerajaan meme­rangi berita palsu secara habis-habisan.

“Tanggungjawab ini harus di­pikul oleh kita semua kerana kesan dan implikasinya melibatkan seluruh rakyat Malaysia, tidak kira apa kedudukan,’’ katanya se­lepas melancarkan Kempen Ta­nggungjawab Sosial Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Berita Palsu di sini hari ini.

Kempen tersebut dihadiri le­bih 20 artis tempatan termasuk Datuk Hans Isaac, Neelofa, Maya Karin, Kavita Sidhu, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Adibah Noor, Nora Danish dan Shahrol Shiro.

Terdahulu, Neelofa selaku ju­ru­cakap kempen tersebut ber­kata, pelancaran kempen itu di­harap memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang salah laku dalam sosial media dan golongan artis merupakan antara kumpulan yang sering menjadi mangsa buli di alam siber.

“Selebriti sering menjadi mangsa buli siber. Tetapi harus ingat, golongan ini jugalah antara yang mempunyai pengaruh besar untuk membawa anjakan paradigma baharu, khususnya melalui media sosial,” ujarnya.