Menurutnya, pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu dibuat di bawah nilai pasaran.

Mohsin berkata, dia membuat laporan itu kerana menghormati Ketua Menterinya dan sebagai rakyat untuk membersihkan nama Guan Eng.

Pada tahap ini, mahkamah sedang mendengar rakaman perdebatan Parlimen yang disiarkan oleh TV3.

Saksi pertama itu memberikan keterangan selepas pihak pendakwaan membacakan ucapan pembukaan perbicaraan kes  rasuah Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon. - UTUSAN ONLINE