Menurut Sous Cef DoubleTree By Hilton, Muhammad Hafizi Mahmud, terdapat kelainan dalam sajian yang dihidangkan untuk orang ramai sempena perayaan Krismas pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

“Pada tahun ini, kita akan menghidangkan Lamb Shank, Paella Jambalaya dan Beef Short Rib yang direbus selama 16 jam disajikan bersama sos barbeku. Tiga menu itu adalah hidangan baharu yang diperkenalkan untuk tahun ini.

“Memang hotel ini mengutamakan masakan tempatan. Bagaimanapun, bersempena dengan musim perayaan kali ini, kami mencampurkan sekali masakan barat bersama budaya di negara meliputi masakan Melayu, Cina dan India,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Orang ramai yang ingin menikmati sajian lebih daripada 100 hidangan itu boleh terus naik ke tingkat 12 menuju ke Makan Kitchen pada 24 Disember bagi Christmas Eve Buffet Dinner dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Pada tarikh tersebut, harga yang dikenakan adalah RM148 untuk dewasa, manakala RM74 bagi kanak-kanak dan warga emas, sementara diskaun diberi sekiranya tempahan dibuat sebelum 20 Disember iaitu RM118 (dewasa) dan RM44 (kanak-kanak serta warga emas).

Sementara itu, Christmas Festive Hi-Tea & Dinner diadakan pada 25 Disember dari pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 4 petang dan 6.30 petang hingga 10.30 malam dengan harga RM118 (dewasa), manakala RM59 (kanak-kanak serta warga emas).

Pada masa sama, diskaun turut diberikan kepada pelanggan sekiranya mereka membuat tempahan awal sebelum 20 Disember bagi mendapatkan harga RM98 (dewasa) dan RM49 (kanak-kanak serta warga emas).

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi DoubleTree By Hilton, www.DTMelaka.DoubleTreebyHilton.com atau laman sosial Facebook dan Instagram dengan akaun DoubleTreeMLK mahupun hubungi pejabat mereka di talian 06-2223333. - UTUSAN ONLINE