Musa Sulaiman
Musa Sulaiman

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Musa Sulaiman berkata, program Rehiring Sabah 2017 yang dilaksanakan selama enam bulan sejak 16 Februari lalu juga akan berakhir esok.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan itu, program tersebut juga dilaksanakan oleh syarikat Inti Padu Technology Sdn. Bhd.

“Adalah dipersetujui bahawa program Rehiring Sabah 2017 tidak akan dilanjutkan dan berakhir esok, “ katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Selain itu, Musa menambah, kerajaan negeri bersetuju dan memutuskan penambahbaikan peraturan pengambilan pekerja asing di negeri ini.

Katanya, peraturan yang ditambah baik ialah syarat had umur dilanjutkan sehingga 60 tahun bagi permohonan baru dan lanjutan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di semua sektor.

Ujarnya lagi, tempoh perkhidmatan pekerja asing juga dilanjutkab dari tempoh maksimum 10 tahun kepada 15 tahun.

“Kedua-dua peraturan itu tertakluk kepada syarat-syarat lain terutamanya lulus pemeriksaan kesihatan dan berkuatkuasa serta-merta,” katanya. - UTUSAN ONLINE