Setiausaha Tetapnya, Datuk Hashim Paijan berkata, sebanyak 23 produk dan 23 usahawan dari Sabah dibawa masuk ke Singapura melalui kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada tahun ini.

Menurutnya, produk-produk Sabah itu antaranya snek, amplang, kuih cincin, kerepek pisang manis Tenom, halia dan pelbagai barangan kraftangan serta produk kecantikan yang akan dipasarkan di tiga lokasi milik ABMS iaitu di negara ini.

“Lokasi itu ialah di Malaysia Halal Centre @ Big Box; Global Halal Hub di Jalan Chai Chee dan di ABMS.

“Usahawan kita juga turut berpeluang mempromosikan produk mereka di Malaysia Fest yang diadakan di Dewan Ekspo Singapura di Changi bermula semalam hingga Ahad ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hashim memberitahu, pasaran Singapura menawarkan peluang yang besar kepada IKS Sabah terumatanya untuk menembusi pasaran negera serantau.

“Ini adalah peluang terbaik kita untuk menembusi pasaran Singapura dan kita akan berusaha keras untuk memastikan kualiti, pembungkusan dan persijilan produk Sabah ditingkatkan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE