Pembentangan itu dikemukakan Azalina di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama, sehari selepas kerajaan membuat keputusan menarik semula rang undang-undang sedia ada itu yang juga dikenali Akta 164 menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 semalam.

Kerajaan telah meminda rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama dan dibahaskan dalam sidang kali ini dengan menggugurkan Fasal 88A. - UTUSAN ONLINE