Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RUU 355 tak perlu dipolemikkan - Penasihat Syariah

Penasihat Perundangan Syariah di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri
Penasihat Perundangan Syariah di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman (kiri) menyampaikan ucaptama dalam Forum Polemik Memperkasakan Mahkamah Syariah dan Perundangan Syariah di Malaysia yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) dan Fakulti Undang-Undang di Shah Alam semalam. Kelihatan dalam gambar Presiden PAUiTM, Datuk Zaini Hassan (dua dari kanan). - UTUSAN ONLINE/ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM 9 Mac - Pemerkasaan institusi kehakiman khususnya bagi Mahkamah Syariah merupakan satu proses berterusan yang tidak seharusnya dipolemikkan oleh mana-mana pihak sehingga mengundang perbincangan secara tidak sihat terutamanya jika golongan terbabit tidak mempunyai ilmu dalam bidang berkenaan.

Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Menurut Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat seharusnya dilihat sebagai salah satu proses untuk meneruskan agenda memperkasakan institusi perundangan Islam dalam pelbagai aspek.

“Institusi kehakiman syariah semasa saya bermula dalam bidang ini bukan seperti hari ini yang mana kemudahan dan infrastruktur diwujudkan kerajaan pada tahap terbaik. Mahkamah Syariah pada zaman sebelum dan selepas merdeka dipanggil Mahkamah Qadi dan Mahkamah Rayuan dipanggil sebagai Jawatankuasa Ulang Bicara.

“Pada tahun 1971 semasa saya di Mahkamah Qadi, keputusan kes yang diputuskan perlu dibawa ke Mahkamah Majistret bagi membolehkan ia dilaksanakan dan Mahkamah Qadi adalah mahkamah satu peringkat sahaja sebelum dibawa ke Jawatankuasa Ulang Bicara,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu Sheikh Ghazali menyampaikan ucaptama sempena Forum Polemik Memperkasakan Mahkamah Syariah dan Perundangan Syariah di Malaysia yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fakulti Undang-Undang di sini semalam.

Sheikh Ghazali berkata, ketika zamannya, prosedur melibatkan undang-undang syariah perlu mendapat pengesahan mahkamah sivil sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Islam memaksa satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji bidang kuasa perundangan syariah dan sivil pada tahun 1972.

“Jawatankuasa ini mengambil masa sembilan tahun untuk membuat kajian dan selepas itu, pada tahun 1982, satu lagi jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji semula laporan yang siap pada tahun 1981 tersebut.

“Pindaan demi pindaan di dalam institusi kehakiman syariah bukan perkara yang tidak boleh dilakukan, terutama jika semua pihak khususnya umat Islam menyedari kepentingan agar institusi ini ditambah baik terutama dalam sudut perundangan menyentuh soal hibah, mal serta undang-undang jenayah,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain