Jawatankuasa Antikeganasan Kebangsaan berkata, pengebom membawa peranti letupan itu ke bangunan FSB di utara bandar Arkhangelsk dan satu letupan berlaku di dalam pintu masuk sebelum pukul 9 pagi waktu tempatan.

Penyiasat mengenalpasti pengebom sebagai seorang remaja tempatan berusia 17 tahun.

“Berdasarkan maklumat awal, suspek memasuki bangunan dengan membawa barang tidak dikenali daripada sebuah beg sebelum ia meletup dan membunuh remaja itu,” kata jawatankuasa berkenaan, hari ini. - AFP