Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rumah itu ditawarkan kepada isi rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah bagi membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

"Kerajaan negeri menyasarkan untuk membina kira-kira 10,000 unit Rumah Makmur dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Sehingga kini, kira-kira 4,000 unit rumah tersebut diluluskan di lima daerah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kepemimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tioman dan Muadzam Shah serta melancarkan portal 'aduan.wanrosdy.com' di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE