GOBIND SINGH DEO
GOBIND SINGH DEO

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, pengecualian itu membolehkan syarikat produksi yang telah menerima surat meneruskan projek tersebut.

“Jadi saya telah pun memberitahu kepada syarikat produksi perfileman. Kita ada satu pengecualian untuk syarat itu.

:Saya dimaklumkan permohonan itu telah diluluskan dan surat akan dikeluarkan kepada RTM supaya diteruskan dengan projek-projek tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Kontrak itu pada awalnya dibatalkan apabila kerajaan PH mengumumkan semua kontrak kerajaan termasuk penerbitan program televisyen dengan RTM perlu dianugerahkan melalui proses tender terbuka.

Walau bagaimanapun, pada 16 Julai lalu, Gobind meminta Kementerian Kewangan memberi pengecualian kepada 100 syarikat produksi yang telah menerima surat niat untuk kontrak RTM. - UTUSAN ONLINE