Rosyam Nor

Namun, hasil filem itu untuk menyaksikan aksi lakonannya 'indah khabar dari rupa’ kerana beliau seolah-olah cuma watak tempelan.

Banyak babak dalam penggambaran filem terbabit terpaksa dipotong sehingga menenggelamkan kewibawaan Rosyam sebagai pelakon.

“Saya sudah tengok filem itu, watak pelakon tempatan dalam filem itu seperti seakan-akan tiada walaupun hanya tambahan. Tidak seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Kecewalah, filem ini dikatakan antara yang terhebat dalam tahun ini dan mampu mencapai box-office dengan menampilkan aktor kita untuk berlakon namun jika dilihat hasilnya tidak memberangsangkan,” kata sumber kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Sumber itu memberitahu, biarpun bayaran telah dilunaskan kepada pelakon terbabit namun ia tidak menjamin kepuasan dalam lakonan setelah melihat hasil yang berbeza seperti diharapkan.

“Saya tidak tahulah sama ada berbaloi atau tidak untuk pelakon kita berlakon filem luar negara, walaupun itu hak mereka namun sebagai pelakon kita juga ingin sesuatu yang kita boleh banggakan,” katanya.

Filem Kabali yang memulakan penggambaran sejak awal tahun ini mula ditayangkan sejak 21 Julai lalu dan dikatakan mampu mendapatkan kutipan pecah panggung setelah hampir keseluruhan peminat filem itu membanjiri panggung wayang terdekat.

Selain Rosyam, pelakon Norman Hakim dan Zack Taipan juga berlakon untuk membawa watak sampingan dalam filem Kabali.