Rosmah merupakan Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) tiba kira-kira 11.20 pagi bersama-sama anggota badan itu dan meluangkan masa selama tiga jam untuk meninjau pelbagai acara tarikan pengunjung.

Antaranya Kampung Durian Runtuh Upin Ipin yang menampilkan konsep agrotainmen untuk seisi keluarga yang berjaya menarik perhatian ribuan kanak-kanak.

“Saya amat berminat kepada Upin dan Ipin apabila kanak-kanak boleh datang belajar tanam sayur, tangkap ikan dan lain-lain.

“Saya juga tertarik dengan 'Castle of Fruits' iaitu kita dapat lihat pelbagai buah-buahan yang kini makin lama, makin besar dan manis, maknanya standard semakin meningkat,“ katanya kepada pemberita semasa lawatan itu.

Rosmah juga melahirkan rasa gembira kerana MAHA 2016 berjaya menarik kedatangan pengunjung dari dalam dan luar negara serta berharap ia akan terus berkembang pada masa akan datang.– BERNAMA