Beliau yang juga isteri Perdana Menteri tiba kira-kira pukul 11.30 pagi dan disambut oleh Pengasas merangkap Pemegang Amanah Yayasan Gurpuri, Giani Sukhdaiv Singh dan anak -anak jagaan di rumah perlindungan tersebut.

Dalam kunjungan itu, Rosmah juga bersetuju menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk menampung perbelanjaan yayasan berkenaan dan 90 hamper kepada penghuninya.

Beliau turut meluangkan masa kira-kira sejam untuk beramah mesra dengan penghuni dan menyaksikan tarian serta persembahan oleh kanak-kanak yayasan tersebut. - UTUSAN ONLINE