Rosmah berkata, acara tahunan yang masuk tahun ke-15 itu sangat dekat di hati beliau dan berharap kelainan dari segi produk, rekaan serta proses pembuatan sebagai usaha ke arah pengkomersialan industri kraf dapat ditampilkan untuk tahun ini.

“Demi menyatakan sokongan padu terhadap acara tahunan yang ditunggu-tunggu ini, saya amat berbesar hati dan telah bersetuju untuk mempamerkan koleksi peribadi busana batik dan songket saya melalui pameran Busana Perdana.

“Harapan saya, pameran ini akan terus menggalakkan para usahawan untuk menghasilkan batik dan songket yang lebih bermutu, kreatif dengan corak dan warna yang kontemporari dan mengikut peredaran semasa,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian HKK 2017 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Mas Ermieyati Shamsudin. - UTUSAN ONLINE