Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rosalinda lambang kebangkitan wanita

Rosalinda. 2
Rosalinda.

KOTA BHARU 12 Julai – Polisi kerajaan negeri tidak membenarkan wanita membuat persembahan terbuka di hadapan khalayak sama sekali tidak mematahkan semangat penyanyi lagu daerah, Rosalinda untuk bergiat aktif dalam industri muzik di Kelantan.

Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd. Alwi, 25, berkata, dia tetap akan terus berjuang dalam industri itu walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk pernah terpalit kontroversi cara berpakaian.

“Saya banyak menerima undangan persembahan dari luar Kelantan seperti Terengganu, Pahang dan selatan Thailand. Selain itu, saya aktif menghasilkan klip video. Bagi saya itu sudah memadai,” katanya.

Anak jati Tumpat itu memberitahu, walaupun kecewa, dia menghormati peraturan kerajaan negeri tidak membenarkan wanita membuat persembahan di hadapan khalayak.

“Menjadi penyanyi lagu-lagu daerah di Kelantan bukan tugas mudah. Semangat juang kena kuat kerana skopnya kecil tetapi cabarannya cukup hebat termasuk dipandang serong masyarakat.

“Apa yang saya lakukan ini adalah kerana minat dan enggan mensia-siakan bakat saya dalam bidang nyanyian. Saya juga mahu berkarya dan mengangkat lagu-lagu daerah ke peringkat yang lebih tinggi. Ini memang dunia saya,” ujarnya.

Rosalinda merupakan antara individu yang sedaya upaya cuba memastikan industri muzik Kelantan mempunyai tempat untuk golongan wanita berkarya.

Mula berjinak-jinak dalam dunia nyanyian sejak berusia 13 tahun, Rosalinda popular dengan lagu Nanti Duk Nanti, Cak Kapok Ula Lidi, Oh Kasihku dan Coket Mok Bolok. Popularitinya melonjak selepas dia berduet dengan Man Khan menerusi lagu Duk Mano.

Kejayaan itu kemudiannya menarik minat pemain gitar kumpulan rock terkenal tanah air, Harry Khalifah untuk berduet dengannya menerusi lagu Oh Mama Oh Papa.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain