HAMIDAH OSMAN
HAMIDAH OSMAN

Bekas Naib Presi­den PPBM, Datuk Hamidah Osman berkata, tindakan segera perlu diambil terhadap 400 aduan yang diterima oleh jabatan itu berkaitan isu tersebut.

‘‘Siasatan perlu dijalankan secepat mungkin supaya rakyat mendapat jawapan yang jelas atas setiap aduan yang dibuat.

‘‘Sekiranya PPBM memberi alasan bahagiannya masih belum ditubuhkan pada 2016, persoalannya bagaimana mereka mengarahkan perwakilan bahagian untuk menghadiri AGM? Terlalu banyak kekeliruan yang perlu disiasat,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas PPBM mengadakan mesyuarat agung sulung­nya di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor baru-baru ini tanpa melibatkan perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat di peringkat cawa­ngan, bahagian dan sayap parti berkenaan.

Hamidah berkata, AGM PPBM yang dilakukan secara tertutup sudah menunjukkan bagaimana parti itu mempunyai agenda tertentu dan tidak telus.

‘‘Terlalu banyak yang mahu disembunyikan mereka jadi kononnya mereka ini memperjuangkan kebebasan bersuara tidak wujud.

‘‘Perwakilan yang berbahas juga dipilih pucuk pimpinan, menunjukkan sejak awal lagi parti itu mengamalkan sistem autokrasi, bukan demokrasi,’’ katanya.