Bekas Exco Latihan dan Pengkaderan Pemuda PPBM Nasional,Muhd. Syazwan Ahmad Zainal berkata, tempoh seminggu diberikan mulai hari ini kepada RoS untuk mengambil tindakan terhadap kepimpinan PPBM yang jelas melanggar perlembagaan parti itu.

Aduan telah banyak dibuat oleh Ketua-Ketua Bahagian dan juga ahli tetapi sehingga kini kita tidak nampak tindakan RoS.

Kami ahli-ahli PPBM memberi tempoh seminggu kepada RoS untuk bertindak balas terhadap aduan kami, jika tidak kami akan menggerakkan ahli-ahli dari seluruh negara mengadakan perhimpunan aman di pejabat RoS," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

PPBM mengadakan perhimpunan agung tahunannya buat pertama kali di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, pada 30 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, perhimpunan tersebut didakwa tidak mengikut perlembagaan parti itu memandangkan ia telah dibuat tanpa perwakilan yang dipilih melalui mesyuarat di peringkat cawangan, bahagian dan sayap parti berkenaan.- UTUSAN ONLINE