Sambil melahirkan rasa kesal, Pengerusi Yayasan Kajian dan Pembangunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (YKPD), Datuk Dr. Syed Ali Al-Attas berkata, walaupun kerajaan belum membuat sebarang keputusan namun pihaknya bimbang sekiranya perkara itu benar-benar terjadi.

“Memang belum ada kenyataan rasmi namun kita tidak boleh berdiam diri dan menunggu sehingga khabar angin ini menjadi kenyataan.

“Sekiranya rombakan itu berlaku dan Mara dipecahkan di bawah beberapa kementerian ia ibarat memotong kaki dan tangan agensi tersebut,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Majlis YKPD, Datuk Seri Syed Hussein Al-Habshee serta Timbalan Presiden Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara), Datuk Nasri Nasrun.

Sebelum ini timbul desas-desus  yang menyatakan kerajaan bakal merombak aktiviti teras Mara, namun sehingga hari ini kerajaan belum membuat sebarang pengumuman rasmi. - UTUSAN ONLINE