Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, hal itu kerana, tindakan menarik balik operasi GLC dan GLIC di negara itu tidak akan memberi kesan positif kepada matlamat menghentikan krisis penghapusan etnik berkenaan.

“Kita buat kajian kalau tindakan bersifat unilateral, kadang kala tidak beri impak positif kepada apa hasil kita nak capai.

“Satunya kita nak pastikan dalam keadaan apa pun kita masih ada ruang untuk bantu masyarakat Rohingya. Ada kalanya kita mengambil tindakan tetapi pada masa sama kita mahukan apa yang dihasratkan tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada sesi pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Wan Azizah bertanya sama ada kerajaan akan memberhentikan semua pelaburan GLC dan GLIC di Myanmar berikutan krisis pembantaian etnik Rohingya. - UTUSAN ONLINE