Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, ASEAN merupakan platform yang paling berkesan untuk membincangkan tragedi yang sedang berlaku di negara tersebut.


Beliau berkata, Malaysia dan Indonesia yang mempunyai penduduk majoriti Islam terbesar di rantau ini harus memainkan peranan dengan segera.


“Apa makna ada ASEAN jika perkara yang berlaku dalam rantau ini tidak boleh diambil sebaranh tindakan.


“Kita tidak boleh bergantung harap kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana pertubuhan ini didominasi oleh kuasa luar yang tidak bersimpati dengan Islam,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra di Kampung Teraji, Pangkalan Machang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE