ARSA bagaimanapun tidak memaklumkan tindakan yang akan dilakukan berikutan tempoh gencatan senjata selama sebulan akan berakhir tengah malam Isnin ini.

Kumpulan itu juga `berazam untuk menghentikan kekejaman dan penindasan’ yang berlaku terhadap etnik Rohingya.

"Jika dalam mana-mana keadaan, kerajaan Myanmar cenderung untuk berdamai maka kami (ARSA) mengalu-alukannya dan akan bersama-sama dengan usaha tersebut,’’ katanya dalam satu kenyataan. - REUTERS