Antaranya harga tiga biji nenas hanya RM10. Lobak merah sepuluh batang pula RM2 dan sebiji kobis pula dijual pada harga RM2.

Tulang lembu sekilo dijual pada harga RM17, udang putih sekilo RM20 dan ikan keli pula seekor RM1.

Bagi peminat durian musang king anak pokok bagi jenis tersebut dijual pada harga RM20 sebatang.

Kesemua produk tersebut boleh diperolehi di kluster segar.

Road To MAHA Kuala Kerteh menawarkan 500 gerai jualanyang terdiri daripada lapan kluster termasuk kulinari, segar, florikutur dan produk asas tani.-UTUSAN ONLINE