Bermula hari ini sehingga Sabtu nanti jelajah yang berlangsung serentak dengan Karnival Wanita 2018 ini menghimpunkam lebih 500 usahawanita dldan dimeriahkan lebih 100 aktiviti dan program.

Lebih 500 gerai jualan dalam lapan kluster utama termasuk kluster florikultur, segar, kulinari, kraf, produk asas tani dan kesihatan dijangka akan menarik kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Selain itu aturcara program turut diisi dengan forum agama yang menampilkan Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki dan persembahan artis-artis popular seperti Jamal Abdillah, Rohana Jalil, kumpulan Def Gab C dan Miera Yusof dalam Konsert Segalanya Wanita.

Dalam dua edisi Road To MAHA di Lundu, Sarawak dan Teluk Intan Perak jelajah berkenaan mendapat sambutan hebat penduduk kerana menawarkan harga produk pertanian yang murah selain pengisian ilmu dan tips daripada usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Perasmian Road To MAHA akan disempurnakan oleh Penasihat Pembangunan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil esok pada pukul 3.30 petang.

Road To MAHA merupakan siri jelajah sebelum Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 berlangsung di MAEPS, Serdang dari 22 Novermber hingga 2 Disember.-UTUSAN ONLINE