DATUK SERI MAHDZIR KHALID

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setakat ini pihak kementerian tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu selain kementerian sentiasa memastikan kebajikan pelajar terutamanya daripada golongan miskin terbela.


"Guru-guru kelas juga peka kepada masalah pelajar, kalau pelajar mereka tidak makan, guru-guru akan tahu dan tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

"Pembangkang sepatutnya buat kajian berapa banyak sekolah yang dapat RMT ini* buatlah 'sampling' (persampelan) sekurang-kurangnya lima atau enam buah sekolah yang dikatakan miskin itu lepas itu baharu buat komen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Guru Pembina Negara Bangsa peringkat Selangor di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Pendidikan Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim.

RMT dilaksanakan untuk memberi makanan tambahan kepada pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan. Usaha itu untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi kehadiran dan akademik mereka selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). - BERNAMA