Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani berkata, anugerah tersebut adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR); Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3); Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2016.

Katanya, anugerah itu juga adalah sebagai perangsang kepada para pelajar agar sentiasa melipat gandakan usaha untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam bidang akademik pada masa akan datang.

“Hari ini, seramai 564 calon UPSR, PT3, SPM dan STPM pada tahun lalu yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan layak menerima anugerah ini.

“Selain sebagai perangsang kepada para pelajar, anugerah ini juga sekurang-kurangnya dapat membantu kos perbelanjaan untuk keperluan yang berkaitan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR, PT3, SPM dan STPM 2016 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE