RM82.56 juta bantuan perubatan veteran ATM
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pembiayaan itu antaranya meliputi bayaran perubatan, alat ortopedik, implan, alat pendengaran, kanta mata, rawatan perubatan dan tuntutan perjalanan ke hospital.

Menurut beliau, lebih RM500,000 telah disalurkan untuk bantuan peralatan kesihatan antaranya kerusi roda, tongkat, katil, tilam.

“Sebanyak RM46.96 juta telah dibelanjakan untuk menampung kos dialisis yang memberi manfaat kepada 9,314 veteran ATM, sementara bagi bantuan pengurusan jenazah pula, sejumlah RM10.28 juta dibelanjakan membantu waris veteran.

“Ini mungkin ada kaitan rapat dengan isu semasa seolah-olah kerajaan tidak pernah membuat apa-apa untuk veteran ATM. Apa yang dilakukan dari dahulu lagi adalah kita melihat pembelaan golongan itu bermula daripada perkhidmatan sehingga bersara dan meninggal dunia,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Hishammuddin menjawab soalan tambahan Shamsul Iskandar Mohd. Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin mengetahui perkembangan pelan induk veteran ATM dan pendirian kerajaan atas tuntutan golongan itu yang hilang upaya untuk mendapat pembayaran ex-gratia dan pencen hilang upaya. – UTUSAN ONLINE