Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RM58.38 juta galak belia ceburi keusahawanan

Pemenang Rural Business Challenge (RBC) kekal bersaing dalam perniagaan

Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama penerima anugerah dan orang 3
Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama penerima anugerah dan orang ramai yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah RBC 2016 dan Pelancaran Realiti RBC 2017 di Kuantan, semalam. mingguan/MAHATHIR ALI

KUANTAN 13 Mei - Sebanyak RM58.38 juta diberikan kepada 107 pemenang sepanjang tiga tahun program Rural Business Challenge (RBC) dilaksanakan dalam usaha menggalakkan golongan belia di luar bandar memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, daripada jumlah pemenang tersebut, seramai 77 pemenang bagi kategori pengembangan perniagaan dan 30 pemenang bagi idea perniagaan.

“Tidak dinafikan jumlah pe­menang dan hadiah akan bertambah pada setiap tahun, tetapi apa yang penting ialah bilangan pemenang yang dicungkil dari program ini berjaya menembusi pasaran dan kekal dalam persai­ngan perniagaan kompetetif pada masa ini.

“Pengukuran kejayaan pelaksanaan program ini dapat dilihat bagaimana bantuan atau geran yang diberi memberi impak besar kepada kemajuan dan pengembangan perniagaan pemenang serta peningkatan pendapatan mereka,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pada Majlis Penyampaian Anugerah RBC 2016 dan Pelancaran Realiti RBC 2017 di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 77 pemenang menerima hadiah masing-masing berupa geran dan wang tunai bernilai antara RM10,000 hingga RM1 juta.

Seorang penternak ikan dari Sungai Petani, Kedah, Shaiful Zairi Ahmad Subhi, 31, dipilih sebagai pemenang utama dengan menerima hadiah berjumlah RM1 juta.

Menurut Ismail Sabri, pelaksanaan RBC menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan apabila pendapatan bulanan bagi 54 pemenang meningkat seba­nyak 116 peratus.

“Sebanyak 487 peluang pekerjaan baharu diwujudkan secara langsung dan 1,059 peluang pekerjaan baharu secara tidak langsung kepada penduduk persekitaran di luar bandar.

“Selain itu, pemenang juga berjaya mewujudkan seramai 353 usahawan baharu yang memberi sokongan kepada perniagaan mereka,” jelasnya.

Tambahnya, kejayaan ini bo­leh dijadikan sebagai titik permulaan kepada para usahawan kerana kejayaan sesebuah perniagaan biasanya mengambil masa antara tiga hingga lima tahun.

Dalam pada itu, katanya, jumlah penyertaan peserta RBC sentiasa meningkat iaitu seba­nyak 1,263 orang pada 2016 yang memohon berbanding 560 peserta pada tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain