Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu selaras demi memartabatkan syiar Islam dan pengukuhan jati insan khususnya pengurusan sekolah tahfiz.

“Baru-baru ini, seluruh negara dikejutkan dengan insiden menyayat hati, tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 nyawa. Setulus takziah kita ucapkan kepada keluarga yang terlibat,” katanya ketika berucap pada pembentangan Bajet 2018 di Parlimen hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Skim Latihan Kemahiran GiatMara juga akan diperkenalkan bagi melatih pelajar sekolah tahfiz supaya lebih berkemahiran.

Dalam pada itu, kerajaan turut mengumumkan bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada imam, bilal, guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA), guru takmir dan tok siak bagi menghargai jasa mereka.

“Selain peruntukan RM588 juta bagi bayaran elaun bulanan, Kerajaan sukacita mengumumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 kepada mereka.

“RM1,000 dibayar pada Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri. Ini bakal memanfaatkan lebih 65,000 orang dengan peruntukan hampir RM100 juta,” katanya. – UTUSAN ONLINE.