Johari Baharum
Johari Baharum

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum berkata, perbelanjaan itu melibatkan 38 sekolah kem tentera yang terdiri daripada 33 sekolah rendah, empat sekolah menengah dan sebuah maktab rendah sains Mara (MRSM) dengan jumlah 17,984 pelajar.

Kata beliau, usaha itu selaras dengan pendekatan pembangunan infrastruktur pendidikan sekolah-sekolah dalam kem tentera, antara empat pendekatan utama yang digariskan dibawah Rangka Tindakan Agenda Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tempoh 2018 hingga 2022.

“Antara program dilaksanakan adalah pembangunan kerjasama strategik antara Kementeian Pertahanan dan Ke-menterian Pendidikan bagi mengiktiraf sembilan buah sekolah dalam kem ATM sebagai sekolah cemerlang dalam jangka masa lima tahun bermula pada tahun ini.

“Selain itu, meningkatkan tahap capaian internet menerusi jalinan kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam membangunkan kemudahan berkenaan di sekolah-sekolah dalam kem ATM,” katanya menjawab soalan Senator Siti Aishah Shaik Ismail dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Siti Aishah meminta Kementerian Pertahanan menyatakan inisiatif dibawah Rangka Tindakan Agenda Pendidikan ATM sepanjang empoh 2018 hinggga 2022 bagi menjaga kebajikan warga ATM dalam bidang pendidikan. – UTUSAN ONLINE